Majlis Aqiqah

Ariq & buaiannya "baby rustic"
Alhamdulillah, selesai sudah minggu lepas majlis aqiqah Ariq. Lega rasanye. Segala penat usaha selama sebulan berjalan dengan jayanya.
emm..di bawah ni checklist ringkas persiapan majlis aqiqah Ariq. mana lah tau, boleh jd bahan rujukan pembaca sekelian :

1. Lokasi
Rasanya ni benda terawal cik epal fikir bila dah plan tarikh nak buat majlis. So dengan pantas book tempat lah kan..buat kat dewan berhampiran rumah my mom je..senang & murah.hehe!

2. Katering
Maka bermulalah pencarian pakej katering dengan harga mampu bayar beserta cari pakej tambahan yg disediakan. So utk aqiqah majlis Ariq, km sembelih 2 ekor kambing. ini ikut kemampuan masing²  lah ye. Kalu mampu seekor pun ok je. 
Kami ambil 2 ekor kambing berlainan tuan. Sbb, katering dah include seekor dlm pakej so kami tambahkan 1 ekor lagi tp ambil dari ladang berhampiran kami di Sg Buaya ni. Yg tambahan ni mmg special sbb Ariq sendiri tgk time sembelih disamping disediakan sijil aqiqah tau.. Boleh check @  mercu agrofarm


Sijil Aqiqah Ariq


setelah ditimbang, buat perbandingan beserta melihat pakej yg disediakan, so kami memilih pakej dari wafricollection

Pakej wafri collection :

  1. Katering 100paxs add on 50paxs
  2. Kambing golek
  3. Pelamin buaian bayi
dan tambahan bersama photography

Menu yg disediakan mmg sedap taw..rmi tetamu yg puji masakan yg disediakan.. kambing golek mmg cepat sold out lah ye..ini mmg hot item yg tetamu tertunggu²
Ini pakej yg cik epal ambil

3. Pelamin buaian
Actually, benda ni takde pun takpe. Sekadar utk nampak eksen je sbb Ariq pun dah 11bln & tak pernah naik buai..takut runtuh je...Tapi bile dh pasang siap buaiannya..Ariq boleh rupanya tido dlm tu.. tp kena perhati selalu. risau jatuh 

 
Actually banyak pilihan pelamin lain, tp semua ala² princess je cik epal tgk so ini je lah yg sesuai utk encik Ariq kita berendoi. For me, simple je dh cukup lah kan..nak buat kenangan masa time bergambar je nnt. 

4. Kad Jemputan
Pada mereka yg kreatif, bolehlah buat sendiri. Lagi jimat sebenarnya. Tp cik Epal, mmg xde daya seni + takde masa so tempah on9 juga. So pakej die not badlah sbb termasuk paper bag & bunting. Cuma paper bag tu tersangatlah paper.. hehe. maksudnye senang koyak & kecil. 

Ini kad jemputan majlis aqiqah Ariq 

5. Bunga Telur
Cik epal tempah on9.. (lagi) Malas nak kehulu-kehilir cari. Kalu kat kedai, byk sgt pilihan smpi rambang mata. So cik epal amik dari cik aneesa

walaupun order dlm jangka masa pendek, tp die terima order & fast delivery. bagus servis die..

Hasil gabungan 2 warna menjadi 1 pahar b.telur

6. Goodie Bag
Ini sebagai tanda kenangan tuan rumah kepada tetamu. Sekarang banyak pilihan utk isi dlm goodie bag ni.. kalau u'oll nakkan pelbagai pilihan, boleh jenguk  /https://reemdoorgift.com/
memang banyak sangat pilihan. comel² belaka, rambang mata.  Yg penting, tepuk poket, tgk budget. Utk majlis Ariq ni, kami bg senaskah Yassin , Sebiji kuih bangkahulu (tempah dengan member office) & fridge magnet. 

6. Marhaban
Emmm...yg ni my mom yg cari & nak sangat bg majlis lebih meriah kot.. Ambil dari B.Sentosa. Sedap lagu marhabannya. Disamping itu, dibuat cukur rambut sikit. Moga doa² yg didendangkan kpd Ariq tu terang hatinya menimba ilmu dunia & akhirat serta menjadi anak yg soleh. aamiinn 
Bergambar dengan Kump Marhaban

7. Aiskrim
Memang sgt² lah laku keras aiskrim ni. Cuaca panas memang hot item. beratur tetamu tak kira budak² mahupun mak budak. aiskrim ni mmg idea encik suami. Tabik spring lah..bernas sgt. Ramai jg yg bertanya nak contact no aiskrim ni sbb enak bangat rasanya. So dengan bangganya cik epal share contact no sbb benda baik kenalah dikongsi. ye tak?? 
  1. Atau u'all sendiri nak buat bisnes ni bolehlah dptkan dr link di bawah sebagai rujukan utk mulakan bisnes aiskrim :  https://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=14044_56



 Sampai sini aje catatan cik epal. Semoga hasil penulisan cik epal bermanafaat sebagai rujukan pada mereka² yg plan nak buat majlis aqiqah si comel  masing-masing. Sampai ketemu lagi di penulisan yg lain.. LOL 😘

2 ulasan:

Riang ria percutian ke Melaka bersama keluarga

Do You Want to Take a Vacation in Malacca ? Are you looking for a comfortable homestay with your family? SALBY HOLIDAY among your best cho...